fbpx

Salam Jumaat dan selamat pagi Ramadhan yg indah,

Sedikit info semasa kewangan yg perlu kan perhatian sekarang ini …

Ekoran wabak pandemik yg melanda dunia,

Di mana belum pernah dlm sejarah SEMUA negara & rakyat bersependapat utk menutup pintu masuk & keluar masing², menutup semua aktiviti rakyat di luar rumah bukan sehari, tetapi berbulan²….

Maka ini tentulah akan memberi impak besar kpd ekonomi dunia.

Saya anggarkan ekonomi dijangka mengambil masa yg lama utk pulih, anggaran sekitar 5 hingga 8 tahun. Atau mungkin lebih panjang lagi. Kerana krisis ekonomi 1997/1998 yg cuma melibatkan negara di Asia tenggara pun ambil masa 4-5 tahun utk pulih. Krisis ekonomi tahun 2008 pula ambil masa 3-5 tahun utk pulih. Tapi ketika itu, rakyat & sektor ekonomi masih dibenarkan utk bergerak bebas. Ini amat berbeza dgn krisis pandemik #covid19. Krisis kali ini boleh melibatkan kematian, malah ia mudah berjangkit. Semahu mana kita mahu mengaktifkan semula aktiviti harian & ekonomi, namun ancaman kematian ini amatlah menakutkan. Sehingga byk syarikat rela mati perniagaan, ramai pekerja rela mati pendapatan drp kehilangan nyawa. Ini telah menjadikan krisis ekonomi lagi ini lebih parah berbanding krisis tahun 1997/1998 dan 2008 dulu.

Sudah tentu lah ini memberi IMPAK BESAR kpd simpanan dan pelaburan di ketiga² tempat simpanan & pelaburan utama di Malaysia, iaitu ASNB, Tabung Haji dan KWSP.

Dengan cabaran pelaburan yg amat tinggi sekarang, kesan terhadap keuntungan/dividen simpanan dan pelaburan di ASNB, Tabung Haji dan KWSP di jangka berlarutan sekurang2nya 5 ke 8 tahun drp sekarang, apatah lagi pelaburan saham di kebanyakan koperasi.

SOALANNYA, apa kesan pandemik #covid19 kpd pelaburan dan simpanan di ASB, KWSP dan Tabung Haji ?

Seperti diketahui, salah satu pendapatan tetap Tabung Haji adalah menerusi pendaftaran dan urusan Haji. Memandangkan tahun ini aktiviti Haji dibekukan, malah utk beberapa tahun akan datang masih menjadi tandatanya. Maka pendapatan Tabung Haji akan terkesan teruk. Jika bulan March lalu Tabung Haji berjaya umumkan peningkatan pendapatan simpanan berbanding tahun sebelum iaitu sebanyak 3.05%, March tahun hadapan kadar pendapatan yg bakal diumumkan dapat di rasa gelap.

BERITA TERKINI, OPR sudah diturunkan beberapa hari lepas.

Pastinya kadar dividen KWSP juga akan terkesan teruk kerana KWSP juga turut membuat pelaburan di bank² yg mengamalkan MORATORIUM.

FD (Fixed Deposit) iaitu akaun Simpanan Tetap dijangka beri keuntungan kurang drp 2% malah mungkin hampir kpd SIFAR kerana bank kehilangan pendapatan yg besar, bukan hanya akibat MORATORIUM, tetapi juga kerana kurang pendeposit, malah akibat tingginya aktiviti pengeluaran wang sekarang kerana ramai pekerja dan peniaga hilang punca pendapatan.

Bagaimana pula dgn ASNB ?

Walaupun diumumkan di Berita Jam 8 malam di TV3 minggu ini ASNB boleh berikan dividen lebih tinggi drp kadar Simpanan Tetap, masih lg relatif nya kedengaran rendah kerana Simpanan Tetap sendiri sedang bergelut dgn situasi bank sedia ada malah mempunyai potensi SIFAR keuntungan. Maka mungkin 3% -- 4% dividen adalah jangkaan utk dividen ASB dan kurang bagi saham amanah ASNB yg lain, sekitar 3%- 3.5% sahaja. Atau mungkin juga lebih sedikit drp jangkaan ini.

 

MAKA SOALAN SETERUSNYA ADALAH, apa pilihan yg kita ada sebagai pelabur ?

Jika kita membuat simpanan utk tujuan simpanan persaraan, atau jika wang simpanan ini di harapkan memberi pendapatan kepada pesara yg sudah bersara, maka masalah sudah pun bermula.

Saya masih ingat, saya sendiri terpaksa berhenti sambung belajar ke peringkat Degree kerana krisis ekonomi 1997/1998 masih berlarutan kesannya pada tahun 2000 hingga menyebabkan ibu bapa saya tak mampu menyara kos pembelajaran saya ketika itu. Maka berhentilah saya sekadar Diploma saja dan terima apa saja tawaran pekerjaan dgn gaji ditawarkan cuma RM800 saja walaupun jawatan kedengaran gah sebagai pensyarah di salah sebuah kolej swasta du Kuantan pada ketika itu.

Saya percaya ramai pesara dan bakal pesara masih mempunyai anak yg masih belajar ketika ini. Dan ramai pesara masih belum melunaskan semua hutang.

Sudah tentu bukan saja pesara, malah ramai bakal pesara dalam jangkamasa 5 tahun dari sekarang juga akan terkesan dan perlu membuat u-turn maybe dlm perancangan kewangan masing².

 

Mmg pilihan terbaik simpanan dan pelaburan sebelum ini di ASNB, Tabung Haji dan KWSP.

Namun itu semua sebelum pandemik #covid19 berlaku.

Akibat #covid19 , kini keseluruhan landskap ekonomi, cycle pelaburan dunia dan aktiviti kehidupan harian manusia telah berubah.

Vaksin #covid19 sendiri masih samar² kerana memerlukan masa sekurang²nya setahun malah mungkin bertahun² utk diuji. Jika ia terbukti berkesan, barulah kita boleh lihat ekonomi mula mengukuh semula, manusia sejagat mendapat keyakinan dan aktiviti kehidupan harian boleh kembali normal.

Berapa lama perlu kita tunggu ini utk berlaku ? Yes, sudah pastilah bukan dalam masa setahun dua ini.

Sekarang saja banyak syarikat sudah mula memberhentikan pekerja. Ini bermaksud pendapatan syarikat menyusut teruk. Ini bermaksud pendapatan negara turut terkesan. Maka apa jua bantuan yg kerajaan berkan, tidaklah boleh kita harapkan selama-lamanya.

Tak lama lagi kita akan dapat banyak syarikat yg tutup. Lihat saja sekarang di pasaraya² dan lot² kedai, banyak premis sudah dikosongkan. Banyak usahawan sudah mula gulung tikar. Pengangguran makin bertambah.

Tak lama lg kita akan dapat lihat ramai yg bankrap akibat kad kredit dan hutang peribadi. Beberapa bulan kemudian banyaklah kereta, rumah, dan premis peniagaan di sita dan dilelong, namun hairannya tidak laku keras utk tempoh beberapa tahun.

 

Ini sudah tentu bukan berita baik utk ramai orang.

Kita perlu berjimat sekarang.

Kita perlu tetap membuat simpanan dan pelaburan.

 

SOALANNYA SEKARANG, …bukankah Simpanan Tetap di Bank, ASNB, Tabung Haji dan KWSP bakal beri keuntungan kurang memberansangkan ?

APAKAH PILIHAN YANG TINGGAL ?

Haaa… Disinilah sebagai pelabur kita perlu bertindak bijak.

 

Sebenarnya ada pelan2 simpanan takaful yg menawarkan kadar keuntungan yg telah dijamin dan mendapat kelulusan dr Bank Negara. Bukan semua pelan takaful adalah sama, ye. Hanya segelintir yg terpilih sahaja. Selain menyimpan dan mampu memberi sedikit keuntungan, skim ini turut memberi manfaat hibah, malah patuh shariah.

Contoh yg terbaik adalah pelan simpanan dan pendapatan takaful Sun Infinity-i di mana mempunyai kontrak perjanjian utk memberikan pendeposit pendapatan tetap sebanyak 10% hingga 20% berturut² selama 20 tahun, disamping memberikan manfaat hibah, wakaf malah tambahan keuntungan selepas tempoh matang.

Menarik, kan ?

 

Ada yang lebih menarik !

  1. Selain dari takaful, dana UNIT TRUST dan PRS (Private Retirement Scheme) yg ditawarkan oleh beberapa syarikat swasta antara yg terkenal adalah seperti Principal juga adalah satu pilihan yg bijak. Ini kerana dalam waktu sukar bagi kebanyakan syarikat sekarang, masih ada syarikat dan industri yg mengaut keuntungan besar seperti syarikat yg mengilang, membekal dan mengedar ubat²an, peralatan hospital, topeng muka, sanitisers, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan. Syarikat² ini sedang tak menang tangan melayan permintaan tinggi dari pelanggan dan telah mengaut untung besar.
  2. Malah syarikat pengedaran 3rd party turut mendapat tempias dek kerana lock-down yg diamalkan di banyak negara menyebabkan ramai pengguna lebih selesa menggunakan perkhidmatan kurier ataupun despatch seperti lalamove, mat despatch dan food panda.
  3. Bukan itu saja, perniagaan online turut mencanak² keuntungannya sebagai contoh shopee dan lazada. Online-payment-gateway semestinya mendapat tempias antaranya seperti senangPay, Toyyibpay, Mpay dan sebagainya.
  4. Syarikat makanan ‘ready-to-eat’ ataupun pes masakan atau makanan dan minuman dlm tin/botol turut untung besar bila ramai lebih memilih mereka kerana kekurangan kedai makan yg beroperasi. Bukan itu saja, keyakinan tentang cara pemprosesan makanan yg lebih bersih menjadi perhatian sepanjang pandemik #covid19 ini. Oleh itu, ramai selesa utk membeli produk makanan dr kilang yg berstatus HALAL demi mendapatkan makanan halal yg telah diproses bersih.
  5. Sebenarnya ada banyak lagi syarikat dan sektor lain yg membuat untung besar ketika pandemik #covid19 mengambil alih dunia. Antaranya syarikat² yg membangun aplikasi ‘meeting-online’. Sehingga anak² kita kini mampu home-school hanya dari rumah. Ramai pekerja masih boleh mengekalkan pekerjaan masing² walaupun masih berkurung dalam rumah.

Ini baru beberapa contoh saja… sebenarnya ada hanyak lagi perniagaan, industri, dan sektor ekonomi yg kebal drp ancaman #covid19 ini. Mereka tidak lingkup. Malah mereka menambah pekerja, mereka meluaskan rangkaian perniagaan mereka. Mereka sedang mengaut untung besar.

 

MAKA, APA PULA KAITANNYA DGN PELABURAN UNIT TRUST DI SYARIKAT SWASTA, KAN ?

Yes, kaitannya adalah syarikat unit trust swasta boleh saja memilih utk buat pelaburan disyarikat², sektor dan industri yg sedang menjana keuntungan ini. Syarikat² ini pastinya memerlukan modal utk berkembang supaya dpt memenuhi permintaan yg menggunung. Ini adalah peluang yg dicari² oleh syarikat unit trust swasta seperti Principal kerana ia boleh memberi manfaat keuntungan pelaburan kepada semua pelabur mereka. Tambahan pula, Principal tidak tertakluk wajib membuat pelaburan dalam negara Malaysia sahaja, dan bebas memilih peluang pelaburan yang bagus di dunia.

 

SOALAN YANG PALING PENTING SEKARANG,

Jika anda seorang ketua keluarga, ayah, ibu atau datuk…

Anda mungkin kehilangan pekerjaan. Anda juga terdedah risiko kematian. Bagaimana nasib ibu bapa, pasangan dan anak-anak atau cucu anda ? Tahukah anda, #covid19 bukan hanya bijak membunuh, namun ia terlebih dahulu bijak merosakkan organ penting dalam badan kita. Semakin berusia, semakin lah berisiko. Sudahkah anda bersedia dgn kad perubatan kemasukan hospital ? Mungkin sekarang hospital kerajaan masih mampu, bagaimana setahun-dua yg akan datang ?

Tambahan pula, oleh kerana hospital kerajaan menumpukan usaha menangani #covid19, semua pesakit yang TIDAK terlibat dengan #covid19 dinasihatkan utk berurusan dengan hospital swasta. Sebenarnya, ada bagusnya juga. Ini boleh mengelakkan jangkitan kpd bukan pesakit #covid19. Ini adalah kerana jika ramai bertumpu ke hospital kerajaan yg banyak berurusan dgn pesakit #covid19, dikhuatiri lebih banyak jangkitan boleh berlaku. Namun soalannya, sudahkah anda bersedia dgn kos rawatan yg mahal di hospital swasta ? Sudahkah anda memiliki KAD PERUBATAN & KEMASUKAN HOSPITAL ?

Tahukah anda, bila anda terdedah dgn kehilangan pekerjaan, maka semua manfaat perubatan yg disediakan oleh syarikat anda juga akan turut lenyap. Jika dibuang kerja, anda terdedah dgn risiko pengangguran yg berpanjangan. Dan boleh terdedah bankrap. Jika pun anda dikekalkan utk terus bekerja, syarikat mungkin menamatkan manfaat perubatan ini bila syarikat tidak mampu lagi menanggung kos yang tinggi di kala masalah ekonomi kian meruncing. Sudah ada permintaan drp syarikat-syarikat korporat agar memansuhkan caruman KWSP majikan. Maka berjimatlah. Mulakan simpanan pelaburan di takaful dan unit trust segera, jangan ditangguh lagi. Sudah pastinya banyak lagi liabiliti hutang rumah, kereta, personal loan dan kad kredit yg belum lunas, kan ? Anda sebenarnya bukan hanya memerlukan simpanan, namun anda juga memerlukan syarikat takaful yg mahu menanggung liabiliti anda bila anda disahkan sakit kritikal, lumpuh kekal, masuk hospital ataupun meninggal dunia.

 

Jika anda mempunyai perniagaan,

Sudahkah anda membuat simpanan di takaful Sun Infinity-i ? Tahukah anda, simpanan dalam pelan takaful Sun Infinity-i ini adalah ‘creditors proof’ iaitu kebal drp capaian pemiutang. Apa maksudnya ? Maksudnya pada ketika wabak pandemik #covid19 ini boleh mengancam ‘nyawa’ perniagaan anda, perniagaan anda terdedak kepada bankrap, anda dan rakan kongsi terdedah kepada bankrap. Semua wang & akaun anda akan beku, dan segala asset anda akan disita/ dirampas. Anda akan tinggal sehelai sepinggang. Kecuali jika anda ada simpanan di takaful. Wang takaful tidak boleh diusik oleh mana-mana pihak walaupun pemiutang ataupun insolvensi.

Atau jika berlaku kematian ke atas anda atau rakan kongsi perniagaan anda, maklumlah kita semua memang sedang berdepan dgn ancaman kematian setiap hari sekarang. Perniagaan anda bakal terjejas jika salah seorang anda meninggal dunia. Betul, kan ? Buat pengetahuan, simpanan takaful boleh membantu memberikan pampasan kepada syarikat rakan kongsi yang tinggal tidak terbeban dgn masalah hutang & operasi syarikat, dapat melantik pekerja pakar yg baru yg mgkin perlu ‘dobeli’ agar misi syarikat dapat diteriskan.

Pilihan kedua, pampasan boleh juga dibayar kpd waris rakan niaga yang meninggal dunia tadi sebagai gantirugi kehilangan syarikat/ perniagaan agar perniagan boleh terus diuruskan oleh rakan niaga yang masih hidup. Mungkin ini tidak sesuai jika yg meninggal dunia tadi mahu warisnya mengambil alih perniagaan tersebut setelah kematian beliau. Namun bukan semua peniaga mempunyai waris yg bersedia utk memikul tanggungjawab ini. Maka pampasan gantirugi kpd waris ini mungkin pilihan yg terbaik berbanding dgn waris hanya berputih mata melihatkan perniagaan yg dibina oleh arwah dan rakan kongsi ‘hilang’ begitu saja bila kematian arwah.

Private Retirement Sheme juga satu option pelaburan Unit Trust yg bagus, kerana ia juga ‘creditor proof’ serta menyediakan penamaan waris dengan PERCUMA.

 

SOALAN KERAMAT SEKARANG, apa lagi yang anda tunggu ? RM10 setiap hari mungkin mampu menukar awan gelap kehidupan anda pada masa akan datang. Mulakan sekarang.

Contactlah PERUNDING KEWANGAN ANDA dan jumpa hari ini😉

Perunding kewangan kami bersedian utk memberi penerangan menggunakan platform online.

Untuk maklumat lanjut, layari : https://freedomempire.com.my

 

Best regards,

Miindah Osman,

Associate Financial Planner,

Principal dan Sunlife Takaful Malaysia.

Senarai Kepakaran Kami :
  1. How To Grow Your First RM1Mill by Auto-Monthly-Saving Plan ?
  2. How to Grow Your CASH Savings Using Unit Trust ?
  3. How to Earn 10%-20% Annual Income from Sun Infinity-i Takaful Saving Plan ?
  4. How to Make Your EPF (KWSP) Money Work Harder for You ?
  5. Prepare for UNEXPECTED LIFE EVENTS such as Unable to Work Due to Permanent Disability, Critical Illnesses or Accident and being Hospitalized
  6. Start Paying Yourself First Before You Pay Tax
  7. Getting Children Education Plan Covered With Takaful Protection
  8. 1 JAM Sembang Santai Tentang Tadbir Kewangan di Musim PKP Bersama Perunding Kewangan Berlesen & Terlatih Freedom Empire
Share This