Kisah Benar – Dilema Jurutera vs Duit
Abg K: Ko dh fikir masak2 ker Yus?
Yus: Ulat dalam batu pun boleh cari ‘duit’ sendiri Abg K. (“Akukan Jurutera. Mesti aku boleh buat lebih baik dari ulat….”, pujuk saya dalam hati)
Ini lah ungkapan yg terlintas dalam fikiran saya ketika di tanya dlm bilik meeting sewaktu majlis perpisahan di hadapan 20 pegawai iaitu rakan² kerja. Berderau darah saya nak jawab bila ada mata-mata yg menanti jawapan. Namun inilah jawapan nekad saya sewaktu rakan² menanyakan peletakan jawatan saya pd hujung tahun 2008. Benar, saya sedar rakan-rakan disekeliling perihatin tentang masa depan saya selaku Jurutera Mekanikal berjawatan tetap di sebuah universiti tempatan. Mereka prihatin & risaukan masa depan ‘duit’ saya.
Niat & cita² menjadi jurutera memang dah lama terpendam dlm sanubari ini. Waktu saya berumur 12 tahun terikutan filem “Back To Future” menjadi inspirasi saya bergelar jurutera sebb taksub melihat kereta terbang. Tambah lagi wawasan 2020 mula di canang. Banyak kenangan saya semata² untuk capai segulung ijazah yg mungkin tidak sama dgn laluan org di luar sana.Saya bersekolah dgn aliran biasa dgn keputusan yg biasa². Manakan tidaknya, pd usia 12thn pencapaian UPSR hanya 1A4B, waktu SPM grade 2 shj. Kerana itu mungkin tidak ada mana² IPTA yg mahu mengambil saya utk menyambung ke peringkat lebih tinggi. So saya rasa hasrat utk jadi jurutera seolah² hampir terkubur. Sbb dlm minda masa tu ingin jadi jurutera mesti ada ijazah….
Jadi apa yg saya buat, terpaksalah bekerja dulu selama setahun sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Bangi. Selepas 1 tahun bekerja cetusan cita² jurutera masih lagi malah makin membuak² sebab melihat jurutera bekerja nampak macam sangat best. Juga kelihatan seperti org yg paling byk duit di kilang. So saya bertekad mahu sambung belajar ke peringkat sijil Politeknik. Setelah berjaya dapatkan sijil politeknik, saya bekerja semula utk kumpul duit dan sambung belajar ke peringkat Diploma pula setahun kemudian
Namun hati masih membuak² nak sambung ke peringkat ijazah. Saya masuk UITM selama 3.5 tahun namun terpaksa extend menjadi 4 thn. Mujur saya tak putus asa dan akhirnya dpt juga segulung ijazah mekanikal (Am) yg dah lama saya idamkan. Memang subjek fizik & kejuruteraan sangat mencabar sebb saya bukan dr aliran sains..sekolah hanya vokasional jer..ramai kawan² seangkatan awal telah dismiss & ada yg dh give-up sebb CGPA per semester tak cukup syarat…. siapa yg ambil jurusan ini shj tahu subjek² killer yg menolak anda keluar..
Setahun menganggur pelbagai pengalaman sementara dilakukan untuk menyara hidup sbb usia sudah 26 tahun tapi kerja tetap masih belum ada lagi dan kocek takda duit. Saudara mara bertanya ..kekawan bertanya…dah dapat kerja ke belum?
Antara pengalaman bekerja saya adalah menjadi buruh kasar selama 6 bulan & 6 bulan meniaga jurujual lampin bayi. Mencabar juga nak dpt jawatan jurutera pada masa tu walaupun dh pegang segulung ijazah. Sebab graduan pd masa itu pon ramai yg mengganggur oleh kerana negara baru pulih era kegawatan 2000-2004. Tambahan buruk lagi jawatan jurutera tak banyak ditawarkan dalam Malaysia ketika itu.. ramai kawan dh bekerja tetap dan ada yg sudah menjadi bapa iaitu berkeluarga.. dlm hati berkata saya macam sudah ketinggalan ini .. mereka dh buat duit dan dah ada anak .. tapi saya?
2005 – Hasil usaha mencari kerja & dgn bantuan kenalan tanpa henti akhirnya rezeki menyebelahi. Saya diterima sebagai Jurutera Mekanikal J41 tetap & berpencen.. Impian tercapai. Dalam 3 tahun segala mula berubah, saya mula ada income rm3k lebih, boleh beli kereta, bantu ibubapa dll …
2008 – Detik kekeliruan paling besar mula menghentam diri saya suatu hari bila saya bertemu seorang rakan sejak kecil yg merupakan seorang perancang kewangan… bahawa saya sebenar-benarnya punyai impian utk jadi JUTAWAN PERTAMA dlm keluarga saya. Saya disedarkan rupa-rupanya dgn simpanan cuma RM500 tiap-tiap bulan, saya boleh menjadi jutawan pada usia 55 tahun. Saya dulu sangka bila menjadi seorang jurutera saya boleh hidup senang-lenang. Rupanya tidak bila tidak ada perancangan kewangan yg betul. Bila saya congak-congak, caruman KWSP pun tak boleh cecah 1 juta bila aku berumur 55 tahun kelak. Allahu,,, saya cuma sedar tentang perkara ini pada umur 29 tahun! Betullah pepatah “It does not matter how much you earn. What matter most is how much you save”. Rupanya saya dh bazirkan 10 tahun macam tu je. Saya telah bazirkan waktu tahun bekerja tanpa menyimpan jumlah duit yg sepatutnya. Betul-betul saya rasa dlm kerugian.

Ini gambar saya terkini Dulu Jurutera Mesin, Sekarang Jurutera ‘Duit’
Sejak itu saya ubah kerjaya saya. Saya nak tebus kerugian saya dan saya nak bantu lebih ramai org kat luar sana supaya tidak lakukan kesilapan macam saya. Sejak tahun 2009 hingga lah kini, saya telah menjadi perunding kewangan dan memiliki agensi perundingan kewangan bersama² pasukan perunding saya. Perjalanan saya utk menjadi seorang jurutera rupanya membuat saya sedar matlamat saya sebenarnya mahu ubah nasib keluarga dan berjaya dr segi kewangan. Sesiapa yg pernah lalui perjalanan saya atau tak mahu lalu kesilapan saya, saya sarankan buatlah perancangan kewangan. Mungkin korang boleh hubungi saya atau team kami. Kerana kami mempunyai kepakaran dalam merancang & mengurus kewangan melalui 4Q Formula untuk capai Financial Freedom dengan produk yang di lulus oleh Bank Negara & Securities Commission Malaysia.
#KisahAkuPerundingKewangan
