fbpx

Bagaimana saya habis duit RM30K tanpa sedar?

23 tahun lalu, usia saya pd genap 18thn saya telah menerima sejumlah duit besar hasil dr tuntutan insurance akibat terlibat kemalangan jalanraya. Pd tanggal 27 Ramadhan 1980, tragedi kemalangan kereta sekeluarga, datuk & nenek terkorban di tempat kejadian manakala Ibu saya beserta saya yg baru berusia 9 bulan tercedera parah dlm kemalangan tersebut.

Apa yg ingin saya sampai disini, bagaimana saya habiskan duit rm30k tanpa sedar dlm usia muda. Sewaktu itu ibubapa memberi kepercayaan penuh saya mengurus duit tersebut sendiri pd usia semuda itu tanpa di pantau.

Malangnya duit tersebut hanya kekal di tangan selama 1.5thun shj. Sesalan tiada gunanya hanya apa perlu saya tekan ialah supaya menjadi pengajaran & pembelajaran untuk kita semua pd ketika ini mahupun di waktu akan dtg.

9 Perkongsian ini mungkin jadi tauladan & pengajaran agar semua individu di luar sana tidak mengikuti jejak langkah salah saya. Antaranya:

  1. Apa yg terlintas di pandangan terus beli mengikut nafsu

  2. Simpan di akaun biasa bukan di akaun pelaburan atau jaminan kerajaan.

  3. Beri pinjam duit kpd rakan seolah2 mcm Jutawan

  4. 2 kali beli motorsikal baru dlm setahun

  5. Tiada mentor duit

  6. Belanja mcm bergaji rm3k sebulan walhal tiada pekerjaan tetap

  7. Habis duit di barang yg menyusut nilai

  8. Tak pernah tgk duit yg sebegitu byk

  9. Matlamat simpanan yg tidak jelas

Akhir kata, kepada adik2 atau rakan di luar beringatlah ilmu sangat penting dlm mengendalikan pengurusan duit anda. Bayangkan jika duit tersebut di gemukkan dlm pelaburan mungkin ia menjadi 2x atau 3x ganti nilainya sekarang.

Merujuk kepada Rule of 72 jika duit dilaburkan dlm sesebuah instrumen dimana anggaran putara pulangan setahun 6% pd nilai RM30K duit ia sudah pasti berganda2 nilainya.

Jom kita kirakan dgn Formula Rule 72, kiraan berapa tahunkah wang anda akan berganda :

>>> 72/6 = 12thn, maka duit anda akan berganda kpd RM60K &

 jika tambahkan 12thn kepada 24thn so nilai duit sekrg   RM120K.

Sesal Dahulu PENDAPATAN, Sesal Kemudian Tiada DUIT….

RANCANG Sebelum Menyesal

Klik sini utk baca lebih lagi

https://t.me/joinchat/AAAAAFZwRaaMimd_Oik9Tg

Tips kewangan lain yg mungkin anda perlu tahu:

JURUTERA LEPASKAN PENCEN SEBAB GAGAL URUS DUIT

Share This