fbpx

SAMPAI KE DUIT INSURAN/TAKAFUL KE TANGAN WARIS?

Ku sangkakan panas hingga ke petang…rupanya hujan di tengahari

Kereta Ford Escort menyusuri sebatang jalan yang berbukit dan berselekoh. Asiah menyerahkan cucu yang dipangku kepada ibunya di tempat duduk belakang. Kata Asiah, “Ani anak kau lapar ini, mungkin dia nak susu ini mak rasa”, sambil menyerahkan bayi tersebut ke sisi ibunya. Tiba-tiba, Allah!…Ram!…jerit Asiah kepada suaminya…dentuman kuat kedengaran, Boommm! Suasana gelap.

Pada tanggal 27 Ramadhan Tahun 1980, peristiwa yang menyayat itulah yang telah berlaku kepada sebuah keluarga di Ulu Kinta, Perak. Hasrat sepasang suami isteri yang ingin beraya bersama anak dan cucu tidak kesampaian apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz secara bertentangan di jalan lama Kuala Kangsar-Sungai Siput. Mangsa terdiri daripada Koperal Ramli Bin Ibrahim (datuk) telah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian, manakala Asiah Binti Hussein (nenek) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Turut terlibat dalam kemalangan adalah Mahani Ramli, 24 tahun (koma & patah kaki), Yusaini bayi yang berumur 9 bulan (kecederaan di kepala & patah kaki), Yusniza 4 tahun (cedera ringan) dan Hamidi 17 tahun (cedera ringan).

Kejadian tragis itu meninggalkan kesan mendalam kepada mereka sekeluarga yang masih hidup. Hingga kini, Mahani yang telah berusia 65 tahun masih fobia jika menaiki kereta. Walaubagaimanapun, setiap kesedihan pasti menjadi kenangan yang patut disyukuri dengan hati yang redha.


Itulah kisah saya, bayi yang dulu 9 bulan kini telah menjejak usia 40 tahun. Coretan ini menjadi iktibar untuk kami sekeluarga. Hidup kami sekeluarga berubah dek kerana hikmah disebalik duka bila kami menerima duit pampasan insuran kemalangan dan hayat setelah ia di agihkan kepada semua waris. Maka ia dapat membantu saraan hidup waris yang masih bersekolah lagi mahupun yang sedang baru melangkah ke alam pekerjaan. Ia juga menjadi peninggalan harta pusaka yang sangat istimewa buat kami yang masih hidup ini. Terima kasih atuk-nenek walaupun saya tidak pernah menatap wajah kalian, tetap saya kenang jasa dan pengorbanan kalian.

Arwah atuk Ramli walaupun bekerja di sektor kerajaan tetap bertungkus lumus menabung dalam pelan insuran hayat (ketika ini skim takaful masih belum bertapak di Malaysia). Waktu mereka muda, mereka sediakan payung sebelum hujan dan siapa sangka walaupun duit ini tidak dapat mereka menikmati tapi tempiasnya dapat kepada waris2 anak dan cucu. Jasa teramat indah yang patut kami kenang. Terima kasih atuk-nenek, rehatlah kalian dengan tenang dan jasa mulia ini insya-Allah dibalas di akhirat kelak.

Kepada pencarum takaful atau insuran, saya ucapkan terima kasih tak terhingga kerana sumbangan kalian mungkin dapat membantu membangunkan semula kehidupan & kewangan ketika mana ada insan lain yang di landa musibah. Tidak lupa jutaan terima kasih dari  saya dan keluarga ucapkan kepada mana-mana individu, kariah & pengurusan jenazah masjid, badan atau pasukan penyelamat, rela, polis, bomba, wartawan, peguam, jururawat, doktor dan kakitangan hospital yang membantu kami sekeluarga ketika kemalangan tersebut.

#KisahBenarAkuSeorangPerundingKewangan

Klik sini utk baca lebih lagi >>>https://t.me/joinchat/AAAAAFZwRaaMimd_Oik9Tg

JURUTERA LEPASKAN PENCEN SEBAB GAGAL URUS DUIT

>>>https://freedomempire.com.my/2020/07/09/dilema-jurutera-vs-duit/

[9 KEGAGALAN KAWAL DUIT BESAR]

      >>>https://freedomempire.com.my/2020/07/11/9-kegagalan-kawal-duit-besar/

Share This