fbpx
Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik bisnes supaya kekal ‘mesin’ membina keuntungan?

 

Pemilik bisnes melalui banyak cabaran ketika menghadapi COVID19, di mana suatu pengalaman yang belum pernah terjadi sebelum ini telah memberi impak kelumpuhan ekonomi yang akhirnya mengancam syarikat dan kestabilan kewangan mereka.

Banyak perniagaan di seluruh dunia telah ditutup untuk tujuan mengekang covid19 melalui langkah-langkah penjarakkan sosial. Malah banyak syarikat yang cenderung untuk menutup terus perniagaan yang telah lumpuh.

Bisnesman dan bakal bisnesman yang ingin memulakan perniagaan perlu mencari idea untuk menghindari nasib ini di masa depan dengan mengurus cermat duit mereka serta tidak jatuh muflis.

Jika ada bisnesman masih duduk dan menunggu dengan menjangka bahawa keselamatan kewangan muncul secara ajaib sangat tidak munasabah. Sebaliknya, pemilik bisnes perlu menjadi proaktif dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi perusahaan anda di masa depan.

1. Pengurusan Aliran Tunai Melalui Pelan Pelepasan Cukai

Setiap tahun cukai adalah wajib dibayar dan menjadi tanggungjawab setiap individu bergelar pemilik bisnes. Akan tetapi ramai juga bisnesman kurang arif tentang manfaat yang terhidang kepada mereka yang diberi oleh kerajaan.

Ada beberapa pelepasan cukai secara individu atau syarikat boleh di manafaat mengikut ketetapan kerajaan dari masa kesemasa samada melalui perbelanjaan, simpanan mahupun pelaburan. Antaranya skim pesaraan swasta PRS, pelan KWSP & insuran/takaful hayat, pelan insuran-takaful pendidikan/kesihatan, caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dll. Banyak lagi sebenarnya anda boleh rujuk kepada tax advisor, badan yang bertauliah atau melalui website rasmi LHDN.

2. Memilih Teknologi Yang Menjimatkan (Low Cost Tech)

Pemilik bisnes sentiasa mendengar bahawa mereka perlu seiring dengan teknologi digital -Artificial Intelligent (AI) jika ingin berdaya saing. Jika masih menggunakan kaedah perniagaan secara tradisional memberi impak kurang efisien dan tidak mampu untuk berkembang dengan laju.

Tapi banyak digital teknologi dan perkhidmatan yang perlu anda tahu dan menilai sebelum memilikinya. Bukannya menolak teknologi sama sekali, belajar bagaimana untuk memilih teknologi digital tanpa terlebih belanja dalam apa-apa cara untuk membantu mengurangkan kos perniagaan.

Sementara itu, sila buat keputusan yang tepat adakah dengan membeli apps/AI dapat menyelamatkan wang anda pada jangka waktu panjang. Jika anda kekurangan kepakaran untuk membuat keputusan yang kompleks tentang peralatan apps/AI, lantik lah perunding yang arif atau jalan akhir adalah bawa ahli pasukan anda fokus pada perusahaan anda ke operasi digital.

3. Melabur Dalam Masa Depan Anda

Individu yang ingin untuk menguatkan status kewangan mereka sering berhasrat ingin melabur dalam pasar saham. Untuk makluman, banyak lagi instrumen lain yg boleh bisnesman besarkan portfolio pelaburan mereka bukan sahaja di portfolio saham.

Ada pula yang masih tidak ada cara untuk memastikan kewangan berkembang pada masa hadapan dengan tanpa memegang sebarang portfolio asset pelbagai, dalam pemahaman mereka mengatakan malas nak pening kepala… simpan je dlm akaun sediaada…low risk no return… mcm gitu kot.

Akhirnya duit yang ada akan terbelanja sebab “access” yang sangat mudah hanya pergi ke ATM  terdekat dengan cucuk debit kad terus keluarkan duit. Kesilapan berlaku adalah bukan sebab membelanjakan duit tersebut, tetapi individu tersebut tidak mengasingkan portfolio duit perbelanjaan & duit simpanan hari esok atau pesaraan malah lebih mendukacitakan jika terpakai duit peribadi dan duit bisnes bercampuraduk dlm satu akaun.

Tidak dinafikan pemilik bisnes adalah manusia yang paling sibuk di muka bumi ini. Hingga sukar untuk memantau pergerakan pasaran harian saham jika mereka ingin melakukan sendiri, tapi bagi bisnesman yang bijak pula mereka melabur dalam beberapa porfolio asset pelbagai untuk mendapat ganjaran dalam jangka sederhana atau panjang dengan di pantau oleh pasukan pelaburan yang profesional.

Selain daripada saham Bursa Malaysia, Unit Trust Equity/Sukuk/ASB/ASN, Skim Pesaraan Swata-PRS, KWSP dan Insurans/Takaful skim yang sedang popular. Sepatutnya anda harus ambil tindakan memilih utk melabur, setiap instrumen di atas mempunyai kelebihan masing-masing, yang penting buat lah diversify iaitu pelbagaikan portfolio pelaburan ke semua instrumen di atas kerana ianya dijamin dan dilulus oleh Securities Commission  & Bank Negara Malaysia.

4. Menjana Pendapatan Tambahan Melalui Online Biz Platform

Terkini penularan perniagaan secara digital boleh menghasilkan wang dengan cepat. Ini hanya berlaku jika anda mempunyai yang web online yang popular, berduyun-duyun netizen melawati web anda atau menghasilkan iklan pemasaran yang luar biasa , mungkin?. Begitu juga zaman sekarang ini di akaun media sosial juga boleh bertukar menjadi “tool” pemasaran serta jualan atas talian. Ini hanya terjadi  sekiranya anda adalah celebriti atau influncer yang mempunyai ramai peminat / follower yang yakin pada anda atau produk anda.

Oleh itu, bagi orang biasa yang tidak popular atau tiada follower yang ramai, anda boleh turut boleh menceburi bidang perniagaan online ini dengan menggunakan platform yang sediaada.

Walaupun industri ini baru di Malaysia, ada banyak teknik jana pendapatan tambahan melalui online biz tanpa anda perlu membina sistem online sendiri, antaranya menjadi dropship online, biz online yang beraffiliate/ income berstructure referal/ online franchise, E-Wallet program, Air bnb / lain2 rental income secara online.

5. Mencipta Pelan Gantian Pendapatan

Merujuk artikel BH Online 25 September 2014, melalui penulisan dari Datuk Profesor Emeritus Dr. Norma Mansor di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya , setiap tahun PERKESO menerima 78,000 laporan mangsa kemalangan kerja sementara Jabatan Perangkaan melaporkan 163,700 orang diambil kira sebagai OKU (hilang upaya) tiap tahun. Musibah merupakan kejadian diluar jangkaan kita semoleknya peniaga mahupun yg sedang bekerja membuat perancangan rapi bagi menghadapi kecemasan ini. Faktornya terdiri daripada hilang upaya bekerja akibat kemalangan atau penyakit kritikal, hilang punca pendapatan akibat pembuangan kerja malah yang lebih menyedihkan adalah individu yang bekerja sendiri hilang punca pendapatan yang banyak terkesan dlm covid19 lalu.

Melalui artikel Metro Online disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020, SEBANYAK 46.6 peratus dari 168,182 individu yang bekerja sendiri dilaporkan hilang pekerjaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dianggarkan 9 daripada 10 responden yang masih bekerja mengalami pengurangan pendapatan daripada biasa. Survei Khas Kesan Covid-19 terhadap Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara atas talian bermula 23 hingga 31 Mac 2020 yang lalu.

Antara contoh-contoh pelan yang boleh saya kongsikan menjadi satu altenatif gantian pendapatan adalah:

ASB Financing/ASB

Insuran/Takaful Endowment Plan

Unit Trust -Equity Income / Sukuk Fund

Membership Reward Program melalui MY Angkasa Emas Bhd

Kesimpulan dalam perniagaan pasti ada turun-naik, pasang-surut, untung-rugi, wahai peniaga/bisnesman/usahawan di luar sana, ingatlah anda adalah tergolong dalam kategori high risk profile, adakah anda cukup bersedia merancang kewangan peribadi mahupun perniagaan anda dengan lestari di masa hadapan? Jangan pula leka mencari keuntungan dlm perniagaan mengabaikan perancangan pendidikan anak2, pesaraan anda, pengurusan laibiliti hutang, penggantian pendapatan, perlindungan hayat/kesihatan, hibah, wasiat, deklarasi harta sepencarian atau penamaan waris terhadap asset yang telah anda bina sekian lama dalam perniagaan. Tanpa anda, siapalah perniagaan anda.

Klik sini utk baca lebih lagi >>>https://t.me/joinchat/AAAAAFZwRaaMimd_Oik9Tg

       HAJAT DATUK & NENEK TAK KESAMPAIAN

>>>https://freedomempire.com.my/2020/07/17/hajat-datuk-nenek-tak-kesampaian/

JURUTERA LEPASKAN PENCEN SEBAB GAGAL URUS DUIT

>>>https://freedomempire.com.my/2020/07/09/dilema-jurutera-vs-duit/

 

Share This